
Petikan buku 'SAKIT APAKAH UBATNYA'
Lazim orang tua pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bias ular tidak hilang walau menyusur dibawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa & doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau terjumpa kanak-kanak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah org tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa kawan yang tidak baik, ia sudah tentu membawa padah.
Buat permata hati ibu & papa, kami sayang Ammar & Amjad...Kalianlah sumber kekuatan & pengikat kasih ibu & papa...Semoga kami dapat mendidik kalian menjadi insan yang berjaya di dunia & berbahagia di akhirat...Ibu takkan sia-siakan amanah yang Allah kurniakan ini...Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment