Saturday, August 29, 2009

Cara Jepun Didik Anak

pls read..interesting article to try...insyaAllah, berkesan

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerataje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baruseminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari katdia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otakkanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuktu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambarkat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas,origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ..satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelahsahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tukat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otakkanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balikkat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tumemang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasamerapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotaktissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh developsix sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotaktissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapiingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buatsetengah jam sehari..tak payah lama-lama.Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam andrelaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain katengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi MahaMengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Diaboleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....~Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan diaada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lainplak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..~Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan...::

*The wise never marry, if they do, they will become otherwise*:: ..

Best wishes,Ms. Eti F. ZainudinEnglishA-Level ProgrammeINTECUiTM Section 1740200 Shah AlamTel : +603 55227233Fax : +603 55227109

Doa isteri kunci kejayaan suami

DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman. Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu."Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

"Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga," katanya.

Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman."Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah."Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga," katanya.


Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas."Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah. "Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga," katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting."Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami."Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek."Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang," katanya.

Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri."Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan."Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga," katanya.

Bantu anak bina kreativiti minda

SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik pada perkara baru.Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti secara semula jadi. Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka.Ada di kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.

Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang sebenar.

Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka ke peringkat maksimum.- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak? Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya? - Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat disamakan dengan anak orang lain? - Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda? - Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?- Adakah anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka? - Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba melakukan aktiviti bersama? - Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru kepada mereka atau rela menyembunyikannya?


Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara santai atau buat-buat marah? - Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif? - Pernahkah anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat dipraktikkan?- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau sekadar minat dengan proses mereka saja? - Adakah anda menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?

Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak. Antaranya ialah:- Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayangBersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik. Contohnya, Saidina Umar dan Abu Bakar meskipun berlatar belakang agama yang kuat, mereka tetap berbeza. Bagaikan bintang, semuanya akan bergemerlapan. Terang atau tidak sesuatu bintang itu tidak akan menggelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang diperhatikan di kalangan sahabat baginda Rasulullah saw, mereka semuanya kreatif tetapi dimensinya berbeza.Salman Al-Farisi misalnya mahir dalam perang parit dan Umar Al-Khattab mahir dalam tertib lalu lintas. Abu Bakar As-Shiddiq pula mahir dalam ekonomi Islam manakala Khalid Al-Walid mahir dalam perang moden.- Memberi motivasi dan semangatSama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat mereka?Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat mengembangkan bakat dalam dirinya.

Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.Ibu bapa juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan anda.Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan anak-anak.Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap rasional.

Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri. Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak. Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.

Islamising Teaching Methods

What does it mean to 'Islamise' something and how do we approach such a task? The idea of Islamising children's education is not about creating Islamic numbers, Islamic English, Islamic math or even Islamic sciences. Such an idea is not only absurd but unfeasible.

Rather, it is about Islamising the technique of teaching children. But how do we go about Islamising? The answer is to take a look around us and put it all into an Islamic context: Who created it? Who cause it to look like that, behave like that and move like that? Who gave us knowledge of such things? It is Allah. Always emphasise that Allah, the Great, is behind everything that we see, hear, smell, touch and feel. Even when examples or analogies are needed, use Islamic teaching of morals and values such as situations involving salah (prayer), zakaah (poor-due), sawm (fasting), hajj (pilgrimage), sadaqah (charity), brother/sisterhood, kindness to parents, people, animals the possibilities are endless.

Do not just use "She was given this..." instead say, "Why was she given it? Because she was a good daughter, kind to people, shared her lunch," and so forth. Take the case of teaching young children how to count numbers. Instead of saying one apple, two oranges, three bananas and so on, why not reinforce Islamic concepts into it? For instance, there is a book called "Counting with Ehsan" which incorporates the concept of going to and being at the mosque.

This book takes the young learners on a trip to the mosque with Ehsan and see what he sees while teaching them numbers. That is, Ehsan accompanied by his father, upon entering the mosque, saw one Imam. Before, they could begin any of their prayers, they need to perform wudu and upon entering the washing room Ehsan saw two Muslims taking wudu, and so forth. For slightly older children, when one teaches them to add and subtract, as an alternative to saying "one plus one is two," or "Fatimah has one apple and her mother gave her another apple. How many apples does she have now?" One can say, "Fatimah was given an apple to eat but before she bites the apple, she remembers to say "Bismillah". Her mother heard that and gives her another apple to eat for remembering to say "Bismillah". How many apples does she have to eat now?" Similarly, the concept of teaching children to write works in the same way. There are books which aims to teach the little ones to read, write and count with emphasis on Islamic principles such as praying, sadaqah and a love for Islam.

For example, one exercise teaches the little learners to draw lines through the use of a maze whereby he or she helps Ruqayyah find the poor hungry girl to give her some money. Hence, instead of just buying the non-Muslim's learning to write books, why not also buy the Islamic version? When teaching young children about nature, one should reinforce the concept of Allah being the Creator who created all things.

For instance, rather than saying, "The sun is hot, the wind is blowing, the birds are singing", try and say, "Allah created the sun and made it hot to give us warmth. Allah created the wind and tells it to blow so that it keeps us cool on a hot day. Allah created the birds and inspired them to sing. When the birds are singing, they are actually saying Subhanallah and Allahu Akbar." Similarly, when one teaches about inanimate objects such as the table, chair, car, telephone and so forth. One can say, "Allah created the trees and taught us to cut the trees and build tables out of it," or "Allah created metals and gave us the knowledge to find it, dig it out, shape it and build it into cars."

This same idea of emphasising the consciousness of Allah can also be applied to older children when they study science. Though the explanations need to be in greater details. For instance, when teaching about how rain is formed. Instead of the usual, "the sun heats the land causing evaporation of water vapours. When these vapours cool they condense and form clouds. When the clouds become heavy, they precipitate and becomes rain.." As you can see, this explanation is bare and plain, devoid of any emotional inspirations. Therefore, how do we go about making the process of rain formation awe-inspiring? We give credit to its Creator. We say, "When Allah, the Almighty, wants to give us rain, He lets the sun heats the earth. In so doing, the water vapours evaporates. When these vapours cool Allah lets them condense and form into clouds. When Allah wills it to rain, the clouds become heavy with water droplets and precipitates; that is, it rains."

Furthermore, wherever possible, we should always incorporate the relevant Qur'anic verses into our explanations. For instance, the following ayah (verse) should be used in conjunction with the above explanation of rain. (Allah) sends down rain from the sky water in due measure; We revived therewith a land that was dead; even so shall you be brought forth. (Qur'an, 43:11) All in all, teaching children knowledge need not be abstract nor devoid of Islamic teachings. The emphasis of Islamic teaching reinforces the consciousness of Allah and Islamic values in every aspect of their life.

>>>The Islamic Garden_Parents and Kids Recipes

Friday, August 28, 2009

Muhamammad Ammar Faruqi bin Mohd Sakimi

Selamat dilahirkan 25 September 2007 bersamaan 13 Ramadhan 1428H...di Klinik Damo & Pusat Bersalin, Klang secara normal tetapi terpaksa vacuum sebab masa tu ibu dah habis tenaga & baby besar...subhanallah...alhamdulillah...walaupun sakitnya bersalin Allah saje yg tahu, tapi perasaan & naluri keibuan ibu sungguh bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana bayi yg ibu kandung 39 minggu lebih ini sudah selamat lahir ke dunia...gembira sangat...papa yang azankan along (panggilan semenjak dah ada adik, tapi suke ngaku Ammar je / abang)...berat along semasa dilahirkan 4kg dengan panjang 54cm...

setelah hampir dua tahun...along sekarang dah besar...dah boleh harap...erm anak ibu ni dh semakin matang & sangat penyayang terutama ngan adik...walaupun kekadang manja sangat...

ibu nak nulis lagi...tapi adik amjad dah sedar...papa pun solat subuh tu...erm nnt sambung lagi...

Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu..
Jernih setulus tadahan doaku..
Rahmati daku & permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu...
Rabbana Hablana min azwajina wa zurriyatina
qurrata 'ayun. waja'alna lil muttaqiina imama...
Amin.
Doa yang selalu ku baca lepas solat semoga dikurniakan suami & anak-anak penyejuk mata dan menjadikan dikalangan hamba-Nya yang bertakwa.

Petikan buku 'SAKIT APAKAH UBATNYA'


Lazim orang tua pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bias ular tidak hilang walau menyusur dibawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa & doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau terjumpa kanak-kanak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tak berdosa.


Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah org tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa kawan yang tidak baik, ia sudah tentu membawa padah.
Buat permata hati ibu & papa, kami sayang Ammar & Amjad...Kalianlah sumber kekuatan & pengikat kasih ibu & papa...Semoga kami dapat mendidik kalian menjadi insan yang berjaya di dunia & berbahagia di akhirat...Ibu takkan sia-siakan amanah yang Allah kurniakan ini...Insya-Allah.